Kelas ICT – Pengenalan Kepada Komputer

14 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang komputer yang merangkumi komponen asas komputer.

Dalam kelas ini, peserta dikehendaki untuk mengenalpasti dan melabel perkataan yang betul tentang peranti komputer menggunakan template Labelled Diagram di laman web Wordwall. Peserta diminta untuk maju ke hadapan dan memadankan perkataan berkenaan di Smartboard.

Selain itu, peserta juga telah meneliti dan menyusun kembali perkataan mengenai peranti komputer sehingga betul yang berselerakan di template Anagram.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali